MAYA ITU INDAH...WALAU CUMA SEMENTARA...

HIDUP NI BAGAI MAYA.. KERNA MAYA ITU CUME SEMENTARA..

INDAH ITU PUN BAGAI MAYA...
KERNA KITA XNAMPAK KEINDAHAN ITU SEPERTI HIDUP DLM MAYA...


Monday, March 21, 2011

_HALALKAN AKU & DIA_




SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.......



Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketngan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.


YA ALLAH..HALALKAN HUBUNGAN AKU DENGANNYA.. YA ALLAH..LINDUNGILAH AKU DARI SEGALA

BENTUK MAKSIAT...AKU MOHON PADAMU YA ALLAH...AMINNNN.......




Friday, March 18, 2011

_our PITCHA_









Wednesday, February 16, 2011

_MY COLLECTION_



kebahagian yang tak terhingga memiliki sahabat-sahabat seperti kamu....
kamu berdua menghargai segala rasa...
menghargai segala yang ku ada..
syg kamu ber2...
ZURAILAH & SUZANA!





Sunday, February 13, 2011

_ILMU HITAM VS ILMU PUTIH_


salam kwn2 yang na syg sume...... hermmm...entri kali ni agak panas...ilmu hitam VS ilmu putih...

na xtahu lah nak mula dari mana....tp..benda ni dah bnyk kali terjadi dlm kehidupan na..kenapa mesti org zaman moden skrg bergantung pada benda2 yang memang kita tahu secara terang-terangan benda tu salah....& kenapa mesti org melayu dan yang beragama islam yang buat semua benda syirik tu... na dalam mood bengang...& terlalu sakit hati.......tp na cube sedapkan hati na sendri.... orang-orang tua pesan baca surah Yassin...& sedekahkan pada orang yang hantar benda alah tu pada kita...biar dia lembut hati.... masalahnya...kita yang menanggung sakit..kate ustaz saiful,ustaz yang kami berubat tu...benda tu takkan balik pada tuannya sebab dia akan kena belasah sebelum misi visi tuannya tercapai....aduyaiiiiiiiii...memang gila...na jd nak gila berdepan dengan benda alah ni.....

orang yang menghantar "benda alah" tu bukannya tak der ilmu agama....tp kalau tgok sgt2lah pekerti budinya....labuhan tudungnya...tp...entahlah.... manusia memang kita tak boleh baca...
na dah xpercaya dengan kata-kata orang zaman dulu..."menilai peribadi manusia melalui pemakaiannya"... na tak rasa itu satu isu penting dalam berkawan....

KENAPA DISEBUT "ILMU HITAM..BUKANNYA ILMU PUTIH.." sebab dah hitam..mksudnya gelap...ilmu itu membawa kegelapan dalam hidup individu yang mengamalkannya dan yang mempercayainya....ilmu putih tu plak mcm kita mengamalkan ilmu yang halal dan tidak bertentangan dengan agama kita...
masa berubat ustaz tu tanya pada benda alah tu "kau tak takut pada azab Tuhan?"
benda alah tu gelak jer..... tp..bila dibacakan surah al israq ayat 81-82..menggigil ea...tahu pun sakit..dah tahu sakit..keluar la cpt2..jgnlah myusahkan hidup org lain~~.....huh~..

sedih ar.....tp na tahu...Allah hanya turunkan ujian pada hamba-hambanya yang kuat..moga kami semua tabah hadapi dugaan kali ni...

terima kasih pada kawan2 yang banyak bg sokongan...
cayang sumer2....^_^...

Sunday, January 9, 2011

_ADA APA PADA A.Z.R.I..


hermm... kali ni lain sikit entri na..sbb na nk tulis psl sumeone ni..& sumeone ni skrg duk bertenggek sebelah na...hehehhe...
nak kutuk xleh..kang majuk plak..... hahahhahha...( time ni diedh tgok lain mcm)...(na tetap maintain cool..)haaaahahha~..

oklah..na sbnrnyer nk cite sikit psl sesorg yg skrg ni syg kat na..tp an... nape agaknyer die salu cemburukan na??...agak2nyer na ni salu sgt buat die cmbru....

na nk bgtaw kt die..yg na mmg syg sgt2 kt die,..xpenah na syg kt org lain mcmne na syg kt die....tp na xreti nk tunjuk..na mmg xreti nk tunjuk..tp na dah cube tahap gile2 nk jd the best tuk die...tp..na xtahu la nape salu ade je bnda yg xkena..... (bglah tips kat na nk pikat hati die ag)...

ada pada dia yg buatkan na boleh jatuh cinta kt die mse pertama kali kitorg jumpe...
jawapan ea 1 jer...senyuman die...snyuman die nmpk ikhlas..n na sgt2 selesa duk sebelah die...
die jujur gn na.....tp..na takut yg na ni xcukup baik tuk die.... die ni lain sikit...
die manja....die xde ego...mmg na xpnh jumpe laki yg xder ego lg...
pejam celik..na dah 4 bulan gn die..heheheheh...rse baru knal ea smlam......

fuh..penat menaip..nti na smbung ag yer..nk g teman ea amik air smbhyang jap.... (manja an??)...hahahahha..sume bnda nk kene teman..haiii....dah wajib kawin dah ni....hehehehe..bye sume...muahhhhhhhhhhhhxx~~

Sunday, October 24, 2010

_SAYA & SI DIA_




hari ni na nak lepaskan semua yg na rase..dlm seminggu dua ni alhamdulillah....Allah dah ketemukan na dgn laki yg sgt2 menghargai na..
malah..dia satu2nya laki yg berani meluahkan perasaan secara berdepan dgn na,..dia jugak berani datang ke UUM..semata2 nk buktikan betapa dia inginkan hubungan yg serius dgn na...

walaupun..mase mula2 tu na rase mcm was-was nak accept die...tp..yg pasti dia terima na seadanya..semua kisah hidup na..semuanya dia tahu....na bersyukur dia hadir dalam hidup na..
dia berikan na nafas baru dalam alam percintaan ni..walaupun hakikatnya..hati na memang dah tawar untuk bercinta..pintu hati ni dah tutup rapat...tp..dia berani datang jumpa keluarga na..minta restu untuk berkawan dgn na..herm..atas alasan apa lg untuk na menolaknya??...korang ade x alasan untuk menolak laki seperti ni?..

syukur alhamdulillah sgt...na xlagi rasa mcm main tarik tali dgn laki2 luar sane..na perlukan laki yg berani dgn perasaan dorg sendiri...sedikit sebanyak perasaan syg na bertambah...na akui yg na dah mula sygkan dia....hati dia lembut..selalu mengalah dgn kedegilan na ni...
pendek kata na bahagia dgn dia..^_^..

na minta restu kawan2 na kali ni..untuk doakan hubungan na kali ni dilindungi & berkekalan..
dan apa yg paling na bahagia...keluarga na merestui hubungan na kali ni..
tambah2 lagi abah na tu...sygg sgt kt dia ni..yerla..dia tidak pernah rase kasih syg sorg ayah..arwah ayahnya meninggal mase umur dia 2 bulan..papepun...na akan cuba jaga hubungan ni sebaik mungkin....insyaAllah..
terima kasih kwn2 sudi membacanya....^_^..
syg korg...

Saturday, October 9, 2010

_PAYAH ITU MUDAH_

hari ni pening gn add drop..tp alhamdulillah..gn bantuan rumate na..na dpt gak add drop..
penat gn shooting ag...hope sgt pementasan sulung na ni na dpt buat yg terbaik...

tp..papepun..produksi kami memang yg terbaik..trima kasih pd MJ..seyesly..tnpa awk MJ na mesti xdpt berlakon dgn baik...awk memang pengarah yg terbaik..^_^... pegang watak utama...watak perempuan over stress...mmg susah tuk na..tp..insyaAllah..utk kite smua na akn wat trbaik..wat mirul..kite kene wat terbaik..tuk produksi kite...ko gn aku jer taw kt mane part yg susa..hehhehe....

na...cayyy0ookk2...

kadangkala..ade hari2 yg memang sgt payah na nak lalui kat sini.... tp..semuanya xsepayah yg na bayangkan... na rase kuat bile dpt dgr suara mak abah...
walaupun alasan telepon juz nk tanya mak buat apa?..abah buat apa??... tp sebenarnya...suara mak abah mnjadi kekuatan tuk na...beban na terasa kurang bile dgr suara mak..walaupun dlm hati ni sebak sgt2..nak jer cerita kt mak abah betapa na rase sebak hidup kat sini...
tp...na percaya..ade org yg hidupnya lebih susah dri na...na kene kuat tuk itu... YANG PAYAH SELALU JD MUDAH bile family kite sntiasa sokong kiter....seburuk mne pon kite....hanya family yg dpt terima kiter...jd..family first..!!...

na kumpul kekuatan na....demi mak abah na...
bile kenang dosa na pd mak abah..x terhitung sesal na..na penah kecewakan mak ayah na..na penah bangkang ckp dorg..smpaikan na xnmpak kewujudan dorg dulu... mereka pernah jd insan ke2 dlm hidup na..betapa restu mak abah penting dlm hidup kita...

tp..syukur Allah masih sygkn na...na masih diberi pluang tuk mohon ampun pd mak abah..malah hidup na betapa besarnya ertinya bile na meletakkan mak abah insan teragung dlm hidup..na rase hidup na lebih mudah...

na nk pesan pd kwn2 na yg na syg..jgnlah korg lemah sebabkan sorg lelaki..korang kene kuat demi mak ayah korang..kenapa korg mesti perhambakan diri korg tuk sorg lelaki yg xpernah ada talian pape tuk korang...
penah korang terpk x..korang nak buat aper semuanya korg nak minta kebenaran pakwe korang...apa ertinya mak ayah korg??,,,
jgnlah meletakkn insan lain lebih tggi dri mak ayah korang....

na mnta maaf klu na ckp kt sini...
na betul2 xrase mempunya teman lelaki membantu na dri apa jerk segi dlm hidup na...
na xrase pape kepentingan pun..
selain dari sakit hati...sedih.....kite boleh buat ape jerk selagi mak ayah kite benarkan kite wat cmtu...
na dlm fasa tuk berubah..na harap kwn2 na pon bole brubah jugak...
"SYGLAH DIRI KITA SENDIRI DULU..SEBELUM KITA NAK SYG ORG LAIN"...
"jgn kita syg org lain melebihi kasih kite pd mak abah kiter"...

papepun... na doakan korg semua bahagia dunia akhirat...^_^...