MAYA ITU INDAH...WALAU CUMA SEMENTARA...

HIDUP NI BAGAI MAYA.. KERNA MAYA ITU CUME SEMENTARA..

INDAH ITU PUN BAGAI MAYA...
KERNA KITA XNAMPAK KEINDAHAN ITU SEPERTI HIDUP DLM MAYA...


Tuesday, April 5, 2011

_MY NEW PITCHA!_






FOR MY LOVE...... KHAIRUL AZRI.....
ni pic event semalam~...jadi MC TERJUN...^_6

Monday, March 28, 2011

_SAME SITUATION...

herm...dah jumpe sumthing yg leh dijadikan panduan...

_ SEDIH 24 JAM..._

nape erk hidup aku selalu jadi mcmni..
tension betul lah..lama-lama aku ni gila jugak nti......

aduyai...dah jumpe jalan penyelesaian...masalah mcm ni pulak yg berlaku....

sedihnyer..
sedih sgt2~~..........................

nak hilang ingatan jap~

_AGAIN... HELP ME..BG OPINION PLSS~

okeys semua..... sekarang ni na nk minta pendapat korang semua...
patut na quit blaja skrg n mohon Universiti lain...or..juz amik exam walaupun fail n kene tendang bru mohon Universiti lain??... related gn post yg ni http://qierana89.blogspot.com/2011/03/salah-ke-apa-aku-buat-ni.html ....story lebih lanjut kt sini..tolonglah korg semua....=((

Sunday, March 27, 2011

_SALAH KE APA AKU BUAT NI??_

Ya Allah...aku mohon petunjukMU...berilah aku kekuatan untuk buat keptusan dalam hidup ni...
aku tak tahulah nk buat macam mana lagi..... tertekan sgt belajar kt UUM ni..boleh tak nak cakap macam ni kat budak2 YAB.. "stop pandang aku macam tu boleh tak??..ko ingat kau baik sgt ker??..nak pndang perli2 aku...bengong!!.." masalahnyer aku tak reti nak cakap mcmtu..setakat taip jer bolehlah.....hermm....letihlah jadi org yg pendam ni.. nak luah kat org pun tak mampu..asyik hipokrit bahagia jer...

hari selasa hari tu balik kl tiba-tiba sebab ayah sakit... sbbkan na dah bnyk kali skip kelas tu sbb terlalu bnyk projek yg na kene attend na terpaksa mnta tolong kwn tickkan name..1st time au na minta tolong mcmtu..sbb dh terlalu urgent..boleh pulak si lec indonesia tu reject asgnment na... then potong 50 markah!!...adush!!..tggl 50 markah nak cari>>..mcmne nk dpt...!!..tertekan au...yg kwn tolong tick tu pulak marah giler kt na..lagilah na stress...

mungkin bagi org lain senang.."ala... ko score la paper lain..paper tu amik la sem depan".. masalahnya tak sesenang tu syg oii...
na mase sem 2 dulu ade masalah besar..smpai jd kes polis.. then na trauma smpai tak boleh nk jejak UUM pun n langsung tak masuk exam..thats why sem 3 dulu na berstatus LULUS BERSYARAT...sbb pointer na dari 3.00 jatuh jd 0.21 jer..korang boleh bayangkan tak?..sem 3 na struggle giler tuk dapatkan 3 above... syukur kat Allah...sbb na mmg dpt pointer 3 above...tp masalhnya PMK na cume dpt 2.19...(kalau na dpt PMK bwh pd 2.00..mmg na kene buang U la)..
then this sem tak dapat PTPTN..tp alhamdulillah...na xpernah ader masalah duit sem ni...

sambung cerita td.. kalau dah lec idon tu dah cut 50 mark..tentu2 lah na fail paper tu..then paper2 lain tu na sgt2 sure xkan dpt A..coz paper sem ni mmg susah giler... na yakin yg na akan dpt status LB lagi..then kene tambah lagi 2 sem... sem 6 takkan dpt ptptn lagi!! patutnyer graduation sem depan..alamat 2013 baru grad!..grad pun mampu kelas bawah!!..na tak nak!!..na tahu na layak dapat lebih baik dari tu!!...

masalh ke 2 pulak..mamat yg buat na trauma tu dtg pulak UUM ni..dok melilau kt UUM ni...jadi gabra!!..takut giler...mmg tak safety lgsung!!...mmg over tension kat sini.......!!..mamat tu dh meroyan kt sini... dah repot kt UK..tp masalhnya pak sedara die lecture kt sini...bengong tui!!...

jujur na cakap...na boleh gila selagi kt sini..td pergi jumpa pn Suhana... alhamdulillah pn su akan tolong... mungkin na akan berhenti belajar kt sini then akan mohon Universiti lain..nasib baik PN su akan tolong.... na tahu family na takkan bagi na wat mcmni..tp na minta maaf sgt2..na dah xmapu nak hidup kat sini..na dah cube dekat setahun..tp na betul2 xboleh hidup kat sini mak..abah.. bagilah na peluang kali ni tuk na buat keptusan na... na tak pernah minta pape sebelum ni kat mak abah...cuma kali ni na minta abah mak tolonglah sokong keputusan na...
na akan berusaha....na akan cube buat yg terbaik... korang rase salah ke na buat keptusan mcmni...??..na bukan membelakangkan mak abah na...tp dorg takkan faham penderitaan na hidup kt sini..setiap kali ade mata pndang serong kt na..na rase mcm nak bunuh diri jer... ape salah na kat dorg??.. benda lepas yg mengaibkan na tu na akan jd simpang dlm hidup na..dorang tak berhak hukum na..pndang serong kt na..bukan salah na!...

esok na de appoinment gn kaunselor..cik noorul asyikin...pagi esok breakfast gn pn su....doakan na yer kwn2..... hidup na semakin sukar skrg...terlalu bnyk dugaan..tp na tahu..Allah hnya limphkn ujian pada hambanya yang DIA sayang.... terima kasih YA ALAH limpahkan ujianMU ini.... alhamdulillah~

Thursday, March 24, 2011

_ABAH TOLONGLAHHH SIHAT..._

Ya Allah...sedihnya aku...semua kerja yang aku buat semuanyer tak kena... bila tahu je abah sakit..aku terus skip exam....aku xsedap hati..mujurlah miss wong baik..bagi aku balik.... 3.30 jugak amik bus balik kl..then azri amik aku kat perhentian ulu benam...

sampai jer umah kul 12malam...aku terus terkam abah..Ya Allah.. kurus sangat2 abah... kaki abah kecut...nampak tulang jer,,,.. malam esoknya kami terus bawa abah g hospital... kul 8 malam kmi sampai hospital..herm... doktor perem100puan tu marah kami....sebab kami tak bawa abah awal-awal lagi...sebenarnya sebelum tu kami bwa abah g PUSWARI... sebab kami mmg percaya 100% klinik tu.... pergi buat medical check up kat klinik tu.... tapi..mmg bongok lar doktor kat klinik tu..dia kate abah tak serius.... tak serius???... doktor kat hospital tu cakap... doktor klinik tu mmg bodoh sebabnya kputusan medical check up yang kami ambik kat klinik tu keputusannya mmg teruk,,, buah pinggang abah teruk... semuanya teruk!!... boleh doktor klinik tu ckp yang abah ok jer...demam biase... tak payah refer pd doktor lain..nak tggu abah aku mati dulu kot bru boleh refer...

lepas jer doktor ppuan tu check kat hopital...abah terus masuk wad... sedihnya aku time tu..alang gn kak iparku ida pun sampai... ayah mertua alang pun ade sekali..pak yaa.... kami tggu berjam2..alang masuk dulu tgok abah..keluar jer dia menagis..aduhhh!!..na gn kak long dah risau..tapi kami tggu jer... sampai kul 8 pagi kami tggu..... mmg letih tmbah gntok...tp risau tu lagi bermaharajela kat hati ni... kul 6 pagi tu na gn kak long sempat teman abah kat wad pemerhatian...kami urut n suap abah makan...sampai kul 8 lebih.... kami balik..tukar shif gn abang na sham..... balik jap mandi2 makan...kak long pergi pulak gn mak..na jaga anak-anak buah na kat umah... akak na cakap abah masuk icu...paru-paru abah kurang oksigen....herm...skrg ni lak kat unit jagaan rapi... pagi ni kul 10 aku dh kene balik UUM...berat giler hati ni.... aduhhhh..... abahhhhhhhhhhhhhhh..sihatlah!!~~..

SAYA SAYANG ABAH!!...rindu nak dengar abah membebel... terbayang2 abah kat umah ni...
moga kami semua tabah~..aminnn...abah... kami sayangkn abah!... :'(

Monday, March 21, 2011

_HALALKAN AKU & DIA_




SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.......



Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketngan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.


YA ALLAH..HALALKAN HUBUNGAN AKU DENGANNYA.. YA ALLAH..LINDUNGILAH AKU DARI SEGALA

BENTUK MAKSIAT...AKU MOHON PADAMU YA ALLAH...AMINNNN.......




Friday, March 18, 2011

_our PITCHA_









Wednesday, February 16, 2011

_MY COLLECTION_



kebahagian yang tak terhingga memiliki sahabat-sahabat seperti kamu....
kamu berdua menghargai segala rasa...
menghargai segala yang ku ada..
syg kamu ber2...
ZURAILAH & SUZANA!





Sunday, February 13, 2011

_ILMU HITAM VS ILMU PUTIH_


salam kwn2 yang na syg sume...... hermmm...entri kali ni agak panas...ilmu hitam VS ilmu putih...

na xtahu lah nak mula dari mana....tp..benda ni dah bnyk kali terjadi dlm kehidupan na..kenapa mesti org zaman moden skrg bergantung pada benda2 yang memang kita tahu secara terang-terangan benda tu salah....& kenapa mesti org melayu dan yang beragama islam yang buat semua benda syirik tu... na dalam mood bengang...& terlalu sakit hati.......tp na cube sedapkan hati na sendri.... orang-orang tua pesan baca surah Yassin...& sedekahkan pada orang yang hantar benda alah tu pada kita...biar dia lembut hati.... masalahnya...kita yang menanggung sakit..kate ustaz saiful,ustaz yang kami berubat tu...benda tu takkan balik pada tuannya sebab dia akan kena belasah sebelum misi visi tuannya tercapai....aduyaiiiiiiiii...memang gila...na jd nak gila berdepan dengan benda alah ni.....

orang yang menghantar "benda alah" tu bukannya tak der ilmu agama....tp kalau tgok sgt2lah pekerti budinya....labuhan tudungnya...tp...entahlah.... manusia memang kita tak boleh baca...
na dah xpercaya dengan kata-kata orang zaman dulu..."menilai peribadi manusia melalui pemakaiannya"... na tak rasa itu satu isu penting dalam berkawan....

KENAPA DISEBUT "ILMU HITAM..BUKANNYA ILMU PUTIH.." sebab dah hitam..mksudnya gelap...ilmu itu membawa kegelapan dalam hidup individu yang mengamalkannya dan yang mempercayainya....ilmu putih tu plak mcm kita mengamalkan ilmu yang halal dan tidak bertentangan dengan agama kita...
masa berubat ustaz tu tanya pada benda alah tu "kau tak takut pada azab Tuhan?"
benda alah tu gelak jer..... tp..bila dibacakan surah al israq ayat 81-82..menggigil ea...tahu pun sakit..dah tahu sakit..keluar la cpt2..jgnlah myusahkan hidup org lain~~.....huh~..

sedih ar.....tp na tahu...Allah hanya turunkan ujian pada hamba-hambanya yang kuat..moga kami semua tabah hadapi dugaan kali ni...

terima kasih pada kawan2 yang banyak bg sokongan...
cayang sumer2....^_^...

Sunday, January 9, 2011

_ADA APA PADA A.Z.R.I..


hermm... kali ni lain sikit entri na..sbb na nk tulis psl sumeone ni..& sumeone ni skrg duk bertenggek sebelah na...hehehhe...
nak kutuk xleh..kang majuk plak..... hahahhahha...( time ni diedh tgok lain mcm)...(na tetap maintain cool..)haaaahahha~..

oklah..na sbnrnyer nk cite sikit psl sesorg yg skrg ni syg kat na..tp an... nape agaknyer die salu cemburukan na??...agak2nyer na ni salu sgt buat die cmbru....

na nk bgtaw kt die..yg na mmg syg sgt2 kt die,..xpenah na syg kt org lain mcmne na syg kt die....tp na xreti nk tunjuk..na mmg xreti nk tunjuk..tp na dah cube tahap gile2 nk jd the best tuk die...tp..na xtahu la nape salu ade je bnda yg xkena..... (bglah tips kat na nk pikat hati die ag)...

ada pada dia yg buatkan na boleh jatuh cinta kt die mse pertama kali kitorg jumpe...
jawapan ea 1 jer...senyuman die...snyuman die nmpk ikhlas..n na sgt2 selesa duk sebelah die...
die jujur gn na.....tp..na takut yg na ni xcukup baik tuk die.... die ni lain sikit...
die manja....die xde ego...mmg na xpnh jumpe laki yg xder ego lg...
pejam celik..na dah 4 bulan gn die..heheheheh...rse baru knal ea smlam......

fuh..penat menaip..nti na smbung ag yer..nk g teman ea amik air smbhyang jap.... (manja an??)...hahahahha..sume bnda nk kene teman..haiii....dah wajib kawin dah ni....hehehehe..bye sume...muahhhhhhhhhhhhxx~~